Minggu, 04 April 2010

Penyebab Down Syndrome

Apakah yang menyebabkan Down Syndrom ?
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun keatas, semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Down Syndrom. Sembilan puluh lima penderita down syndrom disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat yaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna.

Di kalangan 5 % lagi, kanak-kanak down syndrom disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom.

Mekanisme ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil down syndrom disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".

1 komentar:

  1. Hai ekky, saya sella dari ANTARA. salam kenal. Ky, terkait artikel ini, kamu punya kenalan dokter yang bisa bicara soal DS gak. Kalau ada, mohon di share ke email saya ya...ke sellacantikdeh@gmail.com yaa.. thanks ya

    BalasHapus